SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAI BULOH
21070 KUALA TERENGGANU

BERILMU DAN BERBUDI

LAMAN UTAMA Post New Entry

view:  full / summary

MERENTAS DESA 2015 PERINGKAT SEKOLAH

Posted by X|eXang on January 21, 2015 at 10:05 PM Comments comments (0)

Tarikh Perlaksanaan

 

Tarikh : 22 Januari 2015

Hari : Khamis

Masa : 8.00 Pagi

Tempat : Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh

Kuala Terengganu, Terengganu

Objektif

 

Memupuk budaya bersukan dikalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas melalui aktiviti bersukan

 

Konsep Larian

 

1. Larian ini melibatkan semua pelajar Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai

 

2. Larian merentas desa merupakan larian beramai-ramai mengikut tahun dalam kumpulan mengikut jantina

 

3. Semua pelajar akan belari dengan jarak 1.5 Km bagi murid tahap 1 dan 3.5 Km bagi murid tahap 2


Adanya aktiviti sukan untuk keseluruhan murid, makan program 1M1S akan berjalan dengan jayanya. Disamping itu juga akan melahirkan lebih ramai atlit dalam sukan dan membantu menangani masalah obesity dikalangan murid sekolah.


 

PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM100

Posted by X|eXang on January 20, 2015 at 1:30 AM Comments comments (0)

Bantuan khas awal persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100 telah diagihkan kepada murid SK Kedai Buloh Pada 20 Januari 2015. 

Seramai 330 murid menerima bantuan itu. Hanya 5 orang sahaja yang tidak dapat hadir kerana ibubapa mempunyaitugasan yang agak penting.

     

Majlis ini disempurnakan oleh Encik Mohmad Nor bin Endut, Pegawai Penyelaras DUN Bukit Payong. Dalam ucapannya, beliau memohon agar ibubapa sentiasa meneliti dan memberi dorongan kepada anak-anak agar berminat untuk hadir ke sekolah. Belaiu juga berharap ibubapa sentiasa berhubung dengan pihak sekolah dlam mencipta kecemerlangan nak-anak.

Rata-rata ibubapa amat bersyukur dengan bantuan ini. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beliau dalam melengkapkan peralatan sekolah anak-anaknya.


Bakar Ayam Juara Berganda

Posted by X|eXang on July 28, 2010 at 12:17 PM Comments comments (4)

Bakar Ayam Juara Berganda

Bola Jaring & Bola Baling (P12) 2010

SK Kedai Buloh telah membolot dua juara dalam Pertandingan Permainan MSSDKTS 2010 iaitu juara pertandingan bola jaring dan bola baling perempuan bawah 12 tahun. Satu majlis `Bakar Ayam` diadakan sebagai menghargai kejayaan berganda ini. Syabas! Mari kita makan Ayam.

                     

                          

Lawatan Bermaklumat Murid Pra Sekolah SKKB

Posted by X|eXang on July 28, 2010 at 11:09 AM Comments comments (0)

LAWATAN BERMAKLUMAT MURID PRA SEKOLAH SKKB 2010

Pada 14 Julai 2010, Pra Mutiara Hati dan Pra Mutiara Auni bersama-sama murid Kelas Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh telah mengadakan lawatan bermaklumat ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Muzium Losong dan Taman Tamaddun Islam. Lawatan ini dianjurkan oleh Unit Pra Sekolah SKKB diketuai oleh cikgu Norizan dan cikgu Nurul Hanani serta dibantu oleh PPM Pn. Khatijah dan Puan Wan Nor Aini. Menurut mereka lawatan ini sangat berjaya dan berfaedah kepada semua anak-anak kecil ini.

                                    

                                   

Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Sekolah 2010/1431H

Posted by X|eXang on July 28, 2010 at 2:37 AM Comments comments (2)

Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Sekolah 2010/1431H

Unit Agama SKKB

Panitia Agama Islam dan Persatuan Agama Islam SKKB telah mengadakan sambutan Israk dan Mikraj peringkat sekolah pada 11 Julai 2010 yang lalu. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Hafazan Al- Quran, Pertandingan Bacaan Doa, Pertandingan Azan dan Pertandingan Mewarna bagi semua murid sekolah ini. Seorang Penceramah undangan dijemput bagi menyampaikan ceramah mengenai Israk dan Mikraj. Hadiah-hadiah pertandingan disampaikan oleh pihak pengurusan sekolah. Menurut guru besar semua Hari Kebesaran Islam disambut di peringkat sekolah ini. Beliau berterima kasih kepada semua pihak terutama PIBG dan menganggap sambutan pada tahun in sangat berjaya.

 

                          

                           


Rss_feed